Jumaat, Disember 24, 2010

KAEDAH: Hukum "Pasang Berlawan"

Hukum "Pasang Berlawan" adalah istilah yang saya sendiri berikan mengenai salah satu kaedah mengingat fakta. Kaedah ini sebenarnya diajarkan kepada saya oleh salah seorang guru di SMA Persekutuan Labu, Negeri Sembilan. Hukum ini biasanya sesuai digunakan untuk fakta-fakta berbentuk perbandingan.

Saya ertikan Hukum "Pasang Berlawan" dengan pengertian: 

Satu kaedah mengingati sesuatu maklumat dengan hanya mengingati fakta bagi satu bahagian, manakala fakta untuk bahagian yang lain adalah berlawanan dengan fakta pertama.

Untuk memahami kaedah ini, saya akan memberikan anda satu contoh mudah:-

Fakta Perbandingan Oxidation dan Reduction

1) Oxidation: Donate electron                      Reduction: Accept electron
2) Oxidation: Oxidation number increase      Reduction: Oxidation number decrease
3) Oxidation: Donate electron                      Reduction: Accept electron
4) Oxidation: Add oxygen                            Reduction: Lost oxygen
5) Oxidation: Lost hydrogen                         Reduction: Add hydrogen

Dengan menggunakan kaedah Hukum "Pasang Berlawan", kita tidak perlu menghafal fakta bagi kedua-duanya (Oxidation dan Reduction), tetapi cukup dengan menghafal fakta Oxidation sahaja, kerana Reduction adalah berlawanan dengan Oxidation.

http://ninespv.wordpress.com/2009/03/04/which-way-is-she-dancing/

Khamis, Disember 23, 2010

PHYSICS F4 Chapter 4: Conversion between Degree Celcius (°C) and Kelvin

Penyataan masalah: Bagaimana untuk ingat cara menukar bacaan suhu antara Degree Celcius (°C) dengan Kelvin?

http://en.wikipedia.org/wiki/File:Thermometer_CF.svg

Penyelesaian:

Untuk menukar bacaan dari Degree Celcius ke Kelvin, perlu tambah nilai dengan 273, manakala dari Kelvin ke Degree Celcius, perlu tolak nilai dengan 273.


Formula:

Untuk mengingati kaedah penukaran ini, anda perlu membaca kaedah di bawah:

Pertama, sila set minda anda bahawa nilai kesusahan adalah 273

Kedua, bagi seorang yang selalu menulis dengan tangan kanan, mesti seseorang itu akan menambah kesusahan jika menulis dengan tangan kiri, bukan? Jadi, bagi kita yang selalu menggunakan Degree Celcius, mesti menambah kesusahan jika menggunakan Kelvin.

Tukar kepada Kelvin bermaksud menambah kesusahan, manakala
tukar kepada Degree Celcius bermakna menolak kesusahan.

Kesimpulannya:-
Tukar kepada Kelvin dari Degree Celcius perlu tambah 273, manakala
tukar kepada Degree Celcius dari Kelvin perlu tolak 273.

Contohnya:  23°C→K
                    23 + 273 (Nilai Kesusahan) = 296K
    
                    296K→°C
                    296 - 273 (Nilai Kesusahan) = 23°C

BIOLOGY F5 Chapter 2: Tendon and Ligament

Penyataan masalah: Bagaimana nak ingat perbezaan tendon dan ligament?

Penyelesaian:

Tendon menghubungkan antara bone dengan muscle atau bone dengan cartilage, manakala ligament menghubungkan antara bone dan bone.
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Joint.png
Formula: 

Untuk mengingat bahawa tendon menghubungkan bone dengan muscle, kita perlu mengingat perkataan tendon itu sendiri.
TenDon
T adalah untuk tulang (bone) manakala D untuk daging atau otot (muscle)

Nota tambahan:

Tips ini penting untuk menjawab soalan yang memaparkan imej tulang. Jika label menunjukkan pada sambungan yang menghubungkan tulang dengan daging atau otot, maka itu adalah tendon. Sebaliknya, jika label menunjukkan pada sambungan yang menghubungkan tulang dengan tulang, maka itu adalah ligament.

BIOLOGY F4 Chapter 6: Enzymes to hydrolyse Carbohydrates

Penyataan masalah: Bagaimana ingin mengingat padanan carbohydrates dengan enzyme yang menghydrolysenya?

Penyelesaian: 

Padanan carbohydrates dan enzymes adalah seperti berikut:-

1) Starch + Water → Maltose (use enzyme Amylase)
2) Maltose + Water → Glucose (use enzyme Maltase)
3) Lactose + Water → Glucose + Galactose (use enzyme Lactase)
4) Sucrose + Water → Maltose (use enzyme Sucrase)

Formula:

Untuk mengingat enzyme yang terlibat, kita akan menggunakan kaedah standart untuk menamakan enzyme yang dikeluarkan oleh International Union of Biochemistry (IUB) pada tahun 1961.

Kaedah yang dimaksudkan ialah penambahan imbuhan akhiran -ase pada hujung nama substrate yang digunakan. Contoh:    
Maltose dihydrolyse menggunakan Maltase

Namun kaedah ini tidak boleh digunakan pada sebahagian enzyme yang ditemui sebelum kaedah ini diperkenalkan. Anda dinasihatkan supaya merujuk semula buku. Contoh:

Starch dihydrolyse menggunakan Amylase

http://en.wikipedia.org/wiki/File:Induced_fit_diagram.svg

Rabu, Disember 22, 2010

BIOLOGY F4 Chapter 6: Solubility of Vitamins

Penyataan masalah: Bagaimana nak ingat vitamin mana satu yang soluble in water dan soluble in fat?

Penyelesaian:

Vitamin yang soluble in fat ialah Vitamin A,D,E dan K. Vitamin yang soluble in water ialah vitamin selain daripada 4 vitamin ini.

Formula:

Dalam topik ini, anda perlu membayangkan imej seorang adik yang gemuk dan berlemak.
http://veryfun-ny.blogspot.com/2009/12/finding-best-fat-baby-pictures.html

Maka, vitamin yang soluble in fat ialah (ADEK) Vitamin A,D,E dan K. Vitamin yang soluble in water ialah vitamin selain daripada 4 vitamin ini.

Nota Tambahan:

Fakta ini penting untuk membezakan vitamin mana yang diabsorb melalui blood capillary atau lacteal dalam villus. Vitamin yang soluble in fat diabsorb melalui lacteal dan sebaliknya.
http://bestarian92s.blogspot.com/2008/02/lipid-villi.html

BIOLOGY F4 Chapter 4: Protein Secondary Structure

Penyataan masalah: Bagaimana ingin mengingat perbezaan bentuk α-helix dengan β-sheet berserta contoh-contohnya?

Penyelesaian: Berikut adalah perbezaan bentuk α-helix dan β-sheet
http://www.tutornext.com/help/protein-alpha-helix

Antara contoh α-helix ialah hair protein manakala β-sheet ialah silk.

Formula:

Bentuk α mempunyai bentuk lingkaran, jadi protein structure yang berlingkar dipanggil α-helix
Sebaliknya, bentuk β merupakan bentuk yang rata, jadi protein structure yang rata dan leper ialah β-sheet    

Untuk mengingat contohnya pula,  α-helix yang berlingkar bentuknya seperti rambut kerinting. Jadi, contoh α-helix ialah hair protein.
Manakala, β-sheet yang leper dan berlipat-lipat seperti lipatan kain sutera. Jadi, contoh β-sheet ialah silk.     

BIOLOGY F4 Chapter 4: The formation of Disaccharides

Penyataan masalah: Bagaimana untuk mengingat padanan dua monosaccharides untuk membentuk disaccharides?

Penyelesaian:

Padanan dua monosaccharides untuk membentuk disaccharides adalah seperti berikut:-

1) Glucose + Fructose → Sucrose + Water
2) Glucose + Glucose → Maltose + Water
3) Glucose + Galactose → Lactose + Water

Formula:

Saya dan rakan-rakan sering menggunakan formula ini yang berbentuk sebutan suku kata awal. Namun, cara ini perlukan latihan dan pengulangan yang kerap. Keberkesanannya memuaskan setelah melihat hasilnya pada rakan-rakan saya.
GluFrucSuc = Glucose + Fructose → Sucrose + Water
GluGluMal = Glucose + Glucose → Maltose + Water
GluGalLac = Glucose + Galactose → Lactose + Water

Bersama rakan-rakan sebelum masuk ke Dewan Seri Bestari untuk kertas Physics SPM

BIOLOGY F4 Chapter 3: Hypertonic dan Hypotonic

Penyataan masalah: Bagaimana cara untuk mengingati perbezaan antara hypertonic dan hypotonic? Saya tahu perbezaannya tetapi kadang kala saya keliru antara dua istilah ini.

Penyelesaian:

Pertama, hypertonic merujuk kepada greater concentration of solute atau less water content manakala hypotonic merujuk kepada less concentration of solute atau more water content 

Formula:

Maka cara untuk kita mengingati perbezaan ini adalah berdasarkan imej badak air (Hippopotamus)
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Hippo_pod_edit.jpg
Hippopotamus sebutannya seakan-akan hypotonic. Oleh kerana hippopotamus adalah badak air, maka hypotonic adalah more water content dan dalam masa yang sama less concentration of solute.

Perasmian Laman Formula Pelajaran

Alhamdulillah, pada Hari Rabu, 22 Disember 2010, Laman Formula Pelajaran telah diwujudkan. Diharapkan agar pera pengguna dapat mengambil faedah dari laman ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...