Sabtu, April 30, 2011

PHYSICS F5 Chapter 4: LED and LDR Symbols

Penyataan Masalah: Bagaimana ingin mengelakkan kekeliruan antara simbol LED dan LDR?

Penyelesaian: 
Pertamanya, eloklah saya terangkan dahulu apa itu LED dan LDR.

LED ialah light-emitting diode. Apa perlu tahu bahawa LED mengeluarkan cahaya.
LED     http://en.wikipedia.org/wiki/File:Verschiedene_LEDs.jpg
LDR ialah light-dependent resistor. Anda perlu tahu bahawa LDR menyerap cahaya.
LDR     http://visionring.info/index.php?tp=2642728d2ad9d84a

Persoalannya ialah, kadangkala pelajar terkeliru antara dua simbol ini, menyebabkan pelajar sudah salah menjawab soalan. Oleh itu, saya mempunyai formula untuk membezakan kedua-dua simbol ini.


Formula:
Masih ingat bahawa LED mengeluarkan cahaya ? Jadi untuk mengenal pasti simbol LED ialah anak panah keluar dari bulatan, bermakna cahaya yang keluar atau terpancar.
Masih ingat pula untuk LDR ? LDR menyerap cahaya, jadi anak panahnya masuk ke dalam bulatan.

PHYSICS Tips #2: Equations of Motion (EOM)

Secara jujurnya, ketika dalam zaman persekolahan dahulu, saya memang lemah dalam topik ini. Kesannya, saya tidak dapat menjawab soalan-soalan pengiraan yang berkaitan dengan equations of motion (EOM) ini. EOM boleh ditemui dalam Form 4 Chapter 2. Berikut adalah senarai EOM:


Nasihat saya, bayakkan latihan pengiraan terutamanya dalam subjek Physics. Saya sendiri pun banyak hilang markah kerana tidak dapat menjawab soalan pengiraan dengan baik.

Khamis, April 28, 2011

PHYSICS Tips #1: Vernier Callipers dan Micrometer Screw Gauge

Untuk ruangan Tips kali ini, ingin saya memberitahu anda bahawa sebagai calon SPM, amat penting bagi anda untuk menguasai sara membaca bacaan pada kedua-dua alat ini iaitu: Vernier Callipers dan Micrometer Screw Gauge.

VERNIER CALLIPERS     http://en.wikipedia.org/wiki/File:Messschieber.jpg

MICROMETER SCREW GAUGE     http://www.eselindia.in/screw-gauge.htm

Saya pasti anda pernah menggunakan atau sekurang-kurangnya pernah melihat alat ini. Tetapi sejauh mana kebolehan kita untuk membaca bacaan pada alat ini. Secara jujurnya, anda perlu berusaha untuk menguasainya.

Oleh itu, sila rujuk guru anda (kerana pada pengalaman saya, terdapat buku rujukan yang salah memberi maklumat tentang ini) bagaimana untuk membaca bacaan pada kedua-dua alat ini. Sila salin dan ingat serta buatlah latihan mengenainya.

Jangan lupa juga untuk mengingat bahagian-bahagian pada alat-alat ini kerana pernah soalan ditanya tentang ini.

PHYSICS F4 Chapter 2: Dots on Ticker Tape

Penyataan Masalah: Bagaimana ingin mengingati hubungan antara jarak antara dua titik pada ticker tape dengan speed sesuatu pergerakan?

Penyelesaian: 

Semakin jauh jarak antara dua titik pada ticker tape, semakin tinggi speed sesuatu objek yang bergerak (spt trolley dll).

Sebagai contoh, berdasarkan gambarajah di bawah, Trolley B bergerak dengan speed yang lebih tinggi berbanding Trolley A.


Formula:
Sebenarnya, ada satu formula yang menarik untuk mengingat kaitan antara jarak dua titik pada ticker tape dengan speednya. Anda cuba perlu bayangkan pergerakan sebuah kereta yang mengalami kebocoran tangki minyak. Minyak sedang menitik dari bawah kereta tersebut.

 "Kereta yang bergerak dengan speed yang rendah, jarak antara dua titisan minyak adalah pendek. Manakala kereta yang bergerak dengan speed yang lebih tinggi, jarak antara dua titisan minyak adalah lebih panjang"

Dalam kes ini, kereta B bergerak lebih laju berbanding kereta A.

Selasa, April 26, 2011

PHYSICS F4 Chapter 5: Ray Diagram for Lens

Penyataan Masalah: Bagaimana ingin mengingati bentuk light rays setelah light tersebut melalui convex dan concave lens?

Penyelesaian: 

Light rays yang melalui convex lens akan converge (bertemu @ berkumpul) pada satu titik yang dipanggil focal point.
http://blog.world-mysteries.com/science/ray-tracing-magic/

Manakala, light rays yang melalui concave lens akan diverge (menyimpang @ mengembang) dari satu titik yang juga dipanggil focal point.
http://beansidea.blogspot.com/2010/06/creative-thinking-week-4.html


Formula:
Sebenarnya, ada satu formula yang menarik untuk mengingat lens manakah yang akan menyebabkan light rays tersebut converge atau diverge. Untuk formula ini, kita akan mengingat fakta untuk convex lens sahaja, bukan kedua-duanya kerana kita menggunakan Hukum Pasang Berlawan.


Sila ingat pernyataan ini: 

"Seorang lelaki yang gemuk, apabila masuk ke sesuatu bilik akan menyebabkan ruang semakin kecil"

Huraiah penyataan:
"Lelaki yang gemuk" mewakili convex lens yang berbentuk "gemuk" berbanding concave lens.
"Menyebabkan ruang semakin kecil" mewakili bentuk light rays yang semakin kecil dan mengecut disebabkan oleh convex lens (orang gemuk) lalu bertemu pada focal point.

Sila rujuk imej berikut:
Klik imej untuk membesarkan saiz imej

PHYSICS F4 Chapter 4: Gas Laws (Boyle, Charles and Pressure Law)

Penyataan Masalah: Bagaimana ingin mengingati formula-formula bagi ketiga-tiga laws dalam Gas Laws?

Penyelesaian: 

P=Pressure    V=Volume    T=Temperature (Kelvin)
Untuk mengingati cara menukar temperature dari Celcius ke Kelvin dan sebaliknya, klik SINI

Untuk Boyle's Law, formula pengiraan ialah:
p_1 V_1 = p_2 V_2. \,


Untuk Pressure Law pula, formula pengiraan ialah:
\frac{P_1}{T_1}=\frac{P_2}{T_2} \qquad \mathrm{or} \qquad {P_1}{T_2}={P_2}{T_1}.



Untuk Charles' Law pula, formula pengiraan ialah:\frac{V_1}{T_1} = \frac{V_2}{T_2} \qquad \mathrm{or} \qquad \frac {V_2}{V_1} = \frac{T_2}{T_1} \qquad \mathrm{or} \qquad V_1 T_2 = V_2 T_1.



Formula:
Sebenarnya, untuk mengingat ketiga-tiga formula ini, kita boleh menggunakan Segi Tiga Gas Laws, seperti berikut:
Cara melukis Segi Tiga Gas Laws:

Ada pelajar yang sukar mengingati atau keliru, di mana kedudukan P,V dan T dalam segi tiga tersebut. Sebarang huruf yang tertukar boleh menyebabkan kesilapan dalam formula. Jadi, untuk mengingati susunan tersebut, sila ingat perkataan POVERTY (bermaksud kemiskinan). Susun huruf-huruf tadi mengikut perkataan POVERTY seperti berikut:
Sila ingat juga kedudukan perkataan Boyle, Pressure dan Charles dalam Segi Tiga Gas Laws tersebut.

Cara membaca dan menggunakan Segi Tiga Gas Laws:

Kedudukan huruf yang bertentangan, membawa maksud DARAB, manakala kedudukan huruf atas-bawah bermaksud BAHAGI.
Sebagai contoh, jika Boyle's Law, maka PxV, dan seterusnya...
Segitiga ini juga boleh digunakan untuk membuat pengiraan Combined Gas Law  (Gabungan Boyle, Pressure dan Charles). Misalnya diberi Temperature dan Volume, dan anda perlu mencari Pressure. Jadi, untuk mengira Pressure, hilangkan huruf P dari Segi Tiga Gas Laws, maka anda akan dapat formula mengiranya iaitu V bahagi T.
Sila rujuk guru anda untuk mendapatkan soalan-soalan pengiraan yang berkaitan kerana untuk menguasai tajuk ini, anda perlu mencuba menjawab soalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...