Pengenalan

Laman Formula Pelajaran (LaFoP) http://formulapelajaran.blogspot.com ialah laman yang memuatkan pelbagai tips dan formula kepada para pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM. Sebahagian formula-formula yang dimuatkan adalah formula rekaan saya sendiri. Meskipun begitu, terdapat juga formula yang telah diajarkan oleh guru-guru serta rakan-rakan.

Konsep laman ini bukanlah untuk mengajar atau menjelaskan sesuatu bab atau pelajaran, tetapi berkonsepkan kaedah mengingat sesuatu fakta. Dalam erti kata yang lain, seseorang itu perlu memahami bab atau topik tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakan formula-formula yang dipaparkan.

Artikel-artikel ini juga ditulis berdasarkan pengalaman saya sepanjang belajar untuk menduduki PMR dan SPM. Kebanyakan soalan-soalan telah kami bincangkan dalam kumpulan-kumpulan belajar.

Para pelawat laman bebas menggunakan kandungan laman ini selagi mana tidak digunakan untuk tujuan yang berkepentingan seperti seminar, bengkel dan sebagainya. Pelawat juga perlu meletakkan pautan laman Formula Pelajaran http://formulapelajaran.blogspot.com sekiranya bahan-bahan ini dicetak.

Pihak Formula Pelajaran mengumumkan bahawa kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan fakta yang terdapat dalam laman ini. Justeru, para pelayar laman ini dinasihatkan untuk menyemak semula sebarang fakta yang disiarkan dengan merujuk kepada sumber-sumber yang berautoriti seperti Buku Teks KBSM dan lain-lain.

Sesungguhnya, keberkesanan sesuatu formula adalah tidak sama. Ada individu yang melihat bahawa formula-formula dalam laman ini sangat membantu, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan hal ini menyusahkan proses pembelajaran; terpulang.

Sebarang komen dan pembetulan amat dialu-alukan.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan kepada diri saya, keluarga saya dan seluruh pelawat Laman Formula Pelajaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...