Khamis, Disember 23, 2010

PHYSICS F4 Chapter 4: Conversion between Degree Celcius (°C) and Kelvin

Penyataan masalah: Bagaimana untuk ingat cara menukar bacaan suhu antara Degree Celcius (°C) dengan Kelvin?

http://en.wikipedia.org/wiki/File:Thermometer_CF.svg

Penyelesaian:

Untuk menukar bacaan dari Degree Celcius ke Kelvin, perlu tambah nilai dengan 273, manakala dari Kelvin ke Degree Celcius, perlu tolak nilai dengan 273.


Formula:

Untuk mengingati kaedah penukaran ini, anda perlu membaca kaedah di bawah:

Pertama, sila set minda anda bahawa nilai kesusahan adalah 273

Kedua, bagi seorang yang selalu menulis dengan tangan kanan, mesti seseorang itu akan menambah kesusahan jika menulis dengan tangan kiri, bukan? Jadi, bagi kita yang selalu menggunakan Degree Celcius, mesti menambah kesusahan jika menggunakan Kelvin.

Tukar kepada Kelvin bermaksud menambah kesusahan, manakala
tukar kepada Degree Celcius bermakna menolak kesusahan.

Kesimpulannya:-
Tukar kepada Kelvin dari Degree Celcius perlu tambah 273, manakala
tukar kepada Degree Celcius dari Kelvin perlu tolak 273.

Contohnya:  23°C→K
                    23 + 273 (Nilai Kesusahan) = 296K
    
                    296K→°C
                    296 - 273 (Nilai Kesusahan) = 23°C

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...