Jumaat, Disember 24, 2010

KAEDAH: Hukum "Pasang Berlawan"

Hukum "Pasang Berlawan" adalah istilah yang saya sendiri berikan mengenai salah satu kaedah mengingat fakta. Kaedah ini sebenarnya diajarkan kepada saya oleh salah seorang guru di SMA Persekutuan Labu, Negeri Sembilan. Hukum ini biasanya sesuai digunakan untuk fakta-fakta berbentuk perbandingan.

Saya ertikan Hukum "Pasang Berlawan" dengan pengertian: 

Satu kaedah mengingati sesuatu maklumat dengan hanya mengingati fakta bagi satu bahagian, manakala fakta untuk bahagian yang lain adalah berlawanan dengan fakta pertama.

Untuk memahami kaedah ini, saya akan memberikan anda satu contoh mudah:-

Fakta Perbandingan Oxidation dan Reduction

1) Oxidation: Donate electron                      Reduction: Accept electron
2) Oxidation: Oxidation number increase      Reduction: Oxidation number decrease
3) Oxidation: Donate electron                      Reduction: Accept electron
4) Oxidation: Add oxygen                            Reduction: Lost oxygen
5) Oxidation: Lost hydrogen                         Reduction: Add hydrogen

Dengan menggunakan kaedah Hukum "Pasang Berlawan", kita tidak perlu menghafal fakta bagi kedua-duanya (Oxidation dan Reduction), tetapi cukup dengan menghafal fakta Oxidation sahaja, kerana Reduction adalah berlawanan dengan Oxidation.

http://ninespv.wordpress.com/2009/03/04/which-way-is-she-dancing/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...